Tuesday, May 17, 2011
Hari Guru
Thursday, April 28, 2011
Penuh Keberkatan
Khamis,Kg Keladi - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kulim 2011/1432H telah berlangsung di Masjid Abdul Rahman Putra Kg Keladi semalam.Majlis dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kulim,Dato Haji Mat Noh bin Ahmad.Dalam ucapannya,beliau menyeru agar seluruh masyarakat Islam kembali menghayati Al-Quran kerana mukjizat ini diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada manusia.Tiga orang qari dan empat qariah telah memperdengarkan bacaan.Mohd Hafizi bin Mohd Zuki telah muncul qari tilawah terbaik, manakala Ustazah Azimah binti Abdul Ghani sebagai qariah terbaik.
Monday, April 25, 2011
Iktibar Untuk Anak-Anak Yang Tercinta
Apa yang dapat aku katakan.Sudah kali yang ke berapa tragedi seumpama ini berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.Betapa sayangnya seorang ibu pada anaknya.Betapa kasihnya seorang bapa pada anaknya.
Anak-anakku juga kadang-kadang nampak seakan mengikut arus yang sama.Pengaruh rakan sebaya banyak mendominasi pergerakan mereka.Bukan juga salah rakan sebaya mereka.Salah mereka juga kerana tak punya daya fikir yang kental untuk membuat penilaian antara yang baik dan yang buruk.Aku amat berharap agar anak-anakku dan anak-anak rakan sekampungku dapat mematangkan fikiran dan sentiasa waras dalam membuat perhitungan di sepanjang kehidupan.
Saturday, April 23, 2011
Rencah Kehidupan
Sunday, March 20, 2011
Mesyuarat Agung Anak-Anak Kariah Masjidku 2011

Saturday, March 5, 2011
Bicara Seorang Mursyid
Sebaik selesai solat Subuh berjemaah di masjidku,beliau dijemput menyampaikan kuliah.Walaupun dalam masa yang agak singkat beliau berceramah,namun berkesan di hatiku.Harap-harap begitu jugalah dengan sekelian jemaah yang lain.Antara nasihat yang diungkapkan ialah jadilah manusia yang bersyukur kepada Allah..jadilah manusia yang sabar dengan ujian Allah..jadilah manusia yang amanah.Sebagai seorang yang cacat penglihatan,Tuan Guru Haji Saudi Haji Ahmad dari Pondok Kokpo,Wilayah Pattani ini bersyukur beliau terhindar dari maksiat mata seperti mana dilakukan oleh orang-orang yang sempurna pancaindera. Beliau turut mengajak jemaah untuk mengamalkan zikir-zikir harian bagi memantapkan keimanan.Sebelum menutup bicara kuliahnya,beliau sempat menitip kifiat untuk pesakit-pesakit diabetis menggunakan kulit pokok setol.
Beliau akan terus bermusafir,berdakwah dan berjualan demi untuk pembangunan pondok pengajiannya di Pattani.Semoga Tuan Guru akan sentiasa dinaungi rahmat Allah dan jadikan masjid kami ini sebagai tempat persinggahanmu yang turut akan dapat menikmati limpahan keberkatan.Alhamdulillah....

Friday, March 4, 2011
Pemimpin Masa Lalu

Orang kampungku memanggilnya jelapang.Di tempat lain ianya disebut kepuk,tempat menyimpan padi yang telah siap dituai.Sejak sekian lama,hampir tiga puluh tahun tidak diguna dan keadaannya pun semakin mereput di celah-celah arus pembangunan.Kampungku juga telah banyak berubah.Dari "motong getah" dan bersawah bendang,orang-orang kampungku kini lebih selesa bekerja di kilang-kilang yang tumbuh bersepah. Tiada lagi bau masam cuka dan sekerap getah.Tiada lagi bunyi goncangan tin-tin susu menghalau burung cak di bendang.Imbauan kenangan di masa kecilku bersama kawan-kawan sekolah terlalu indah dan amat bermakna dalam hidupku.Berseluar pendek,berkaki ayam dan secabang "terbey" atau lastik,kami menjelajah ke serata pelusuk kampung.Tapi sebenarnya aku tak pernah mencederakan walau seekor haiwan pun dengan terbey yang aku miliki.Sasaranku cuma buah-buah kayu.
Damai dan tenang walaupun dicengkam kepayahan.
Damai dan tenang walaupun dicengkam kepayahan.
Pak Hussin Tukang Gunting Rambut
Monday, February 21, 2011
Taklimat Ketua Polis Daerah Kulim
Saturday, February 19, 2011
Kenderaan Jenazah
Friday, February 18, 2011
Dalam Kenangan
16 Februari 2011,Allahyarham Khalid Abd Razak atau lebih dikenali sebagai "Abang Pin"telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Masjid Abdul Rahman Putra Kg Keladi jam 11.00 malam dengan diiringi saudara-mara dan sahabat-handai.Turut hadir ialah Yang DiPertua Pas Kawasan Padang Serai,Tuan Haji Fauzi Tahir serta pimpinan Pas Kawasan dan cawangan-cawangan.Allahyarham banyak menghabiskan usianya dengan melakukan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan terutama di majlis-majlis kenduri sekitar kampung dan program-program di Masjid Kg Keladi sebagai Tukang Masak.Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya dalam usia 57 tahun.Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama para syuhada dan solihin.AlFatihah.
Tuesday, February 15, 2011
Perutusan Ketua Pas Cawangan Keladi
Perutusan Ketua Pas Cawangan Keladi:
Assalamualaikum..alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah,sekali lagi kita diberi mandat memimpin sekelian rakyat jelata di satu kerajaan kecil di kampung kita yang tercinta.Kita adalah satu bentuk kepimpinan yang kolektif sebagaimana yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di mana setiap orang mempunyai peranan dan sentiasa menjalankan fungsinya sebagai ahli dalam komuniti ini.Visi kita ialah mewujudkan masyarakat sejahtera manakala misi kita ialah menjadikan ukhuwah sebagai jalan melaksanakan visi dan menjaga kebajikan ahli-ahli komuniti.
Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan wang ringgit,harta benda,ide-ide,masa dan tenaga menjayakan semua program yang dirancang.Semoga ianya dapat memberi manafaat kepada seluruh penduduk komuniti ini.Kepada anggota kabinet yang bakal disusun nanti..marilah kita jadikan masa depan komuniti ini lebih bererti.
Sekian.Wabillahi taufik walhidayah...wasalam.

Monday, February 14, 2011
Kekalkan Kepimpinan Komuniti Sejahtera
Mesyuarat Pas Cawangan Keladi berlangsung dalam suasana harmoni.Menurut Timbalan Pengerusi Tetap Mesyuarat Agung Kali Ke 20,Sdr Rosli Haji Ahmad,ahli-ahli telah membuat keputusan mengekalkan kepimpinan untuk terus menerajui cawangan sepenggal lagi bagi sesi 2011-2013.Justeru itu beliau menyeru agar saf pimpinan dapat melonjakkan lagi prestasi pengurusan cawangan dengan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat khususnya kepada seluruh ahli dan amnya kepada penduduk Khariah Keladi.
Friday, February 11, 2011
Saturday, February 5, 2011
Majlis Keselamatan Kampung
Imam Masjid Abdul Rahman Putra,Kg Keladi,Kulim,Tuan Haji Yaakob Abd Rahman menyeru seluruh penduduk Khariah Mukim Keladi agar menyertai Unit Kawalan Kampung/Taman yang akan dilaksanakan bagi mencegah kejadian kecurian dan gejala sosial yang berleluasa sejak akhir-akhir ini.Beliau juga menjemput semua pihak termasuk NGO dan semua yang tinggal dan menjalankan urusan perniagaan menghadiri satu taklimat khas yang akan disampaikan oleh Tuan Ghuzlan Salleh,Ketua Polis Daerah Kulim pada 20 Februari 2011 jam 9.00 malam di Dewan Kafa Masjid Abdul Rahman Putra,Kg Keladi.
Tuesday, January 11, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)