Perutusan Ketua Pas Cawangan Keladi:
Assalamualaikum..alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah,sekali lagi kita diberi mandat memimpin sekelian rakyat jelata di satu kerajaan kecil di kampung kita yang tercinta.Kita adalah satu bentuk kepimpinan yang kolektif sebagaimana yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di mana setiap orang mempunyai peranan dan sentiasa menjalankan fungsinya sebagai ahli dalam komuniti ini.Visi kita ialah mewujudkan masyarakat sejahtera manakala misi kita ialah menjadikan ukhuwah sebagai jalan melaksanakan visi dan menjaga kebajikan ahli-ahli komuniti.
Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan wang ringgit,harta benda,ide-ide,masa dan tenaga menjayakan semua program yang dirancang.Semoga ianya dapat memberi manafaat kepada seluruh penduduk komuniti ini.Kepada anggota kabinet yang bakal disusun nanti..marilah kita jadikan masa depan komuniti ini lebih bererti.
Sekian.Wabillahi taufik walhidayah...wasalam.
No comments:
Post a Comment