Apa yang dapat aku katakan.Sudah kali yang ke berapa tragedi seumpama ini berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.Betapa sayangnya seorang ibu pada anaknya.Betapa kasihnya seorang bapa pada anaknya.
Anak-anakku juga kadang-kadang nampak seakan mengikut arus yang sama.Pengaruh rakan sebaya banyak mendominasi pergerakan mereka.Bukan juga salah rakan sebaya mereka.Salah mereka juga kerana tak punya daya fikir yang kental untuk membuat penilaian antara yang baik dan yang buruk.Aku amat berharap agar anak-anakku dan anak-anak rakan sekampungku dapat mematangkan fikiran dan sentiasa waras dalam membuat perhitungan di sepanjang kehidupan.
No comments:
Post a Comment