Thursday, April 28, 2011
Penuh Keberkatan
Khamis,Kg Keladi - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kulim 2011/1432H telah berlangsung di Masjid Abdul Rahman Putra Kg Keladi semalam.Majlis dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kulim,Dato Haji Mat Noh bin Ahmad.Dalam ucapannya,beliau menyeru agar seluruh masyarakat Islam kembali menghayati Al-Quran kerana mukjizat ini diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada manusia.Tiga orang qari dan empat qariah telah memperdengarkan bacaan.Mohd Hafizi bin Mohd Zuki telah muncul qari tilawah terbaik, manakala Ustazah Azimah binti Abdul Ghani sebagai qariah terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment